NIAT IHRAM UMRAH

NIAT IHRAM UMRAH

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

Wanita yang sedang haid dan nifas boleh berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih, barulah boleh melakukan Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan Umrahnya yang lain.

RUKUN UMRAH ADA LIMA

Rukun Umrah merupakan perkara-perkara asas yang mesti dilakukan dan sekiranya tertinggal salah satu daripadanya, maka terbatallah ibadah umrah dan terpaksa mengulanginya semua amalan itu hingga selesai dan wajib diqada’kan.

Jika melakukan rukun dengan tidak memenuhi syarat juga tidak sah dan terlanggar larangan dalam ihram, haruslah membayar dam

Rukun Umrah ada lima iaitu:-
1) Berniat Ihram

2) Tawaf di Baitullah

3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah

4) Bercukur atau bergunting

5) Tertib