PERKARA YANG DIHARUSKAN SEMASA IHRAM

Perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram

  1. Membasuh kepala dengan sebarang bahan yang boleh membersihkannya.
  2. Menggunakan celak yang tidak mempunyai bau harum. Celak batu makruh digunakan kecuali jika perlu.
  3. Berkhatan,berbekam dan membuang darah melalui urat juga diharuskan.
  4. Mencabut gigi, membalut anggota yang patah
  5. Mendendangkan syair yang tidak mengandungi unsur unsur dosa.
  6. Menggunakan cermin tilik
  7. Membunuh binatang yang jahat seperti tikus,begitu juga binatang buas, serangga yang membahayakan seperti nyamuk,lalat dan sebagainya mengikut pendapat jumhur Ulama’ selain Ulama’ Maliki.
  8. Memburu binatang air, menyembelih binatang peliharaan jinak seperti ayam, itik dan sebagainya yang dipelihara.
  9. Berteduh di bawah bayangan rumah,berpayung dan sebagainya yang tidak bersentuh dengan kepala.
  10. Memakai tali pinggang tempat menyimpan wang
  11. Membawa senjata dan memerangi seteru, begitu juga memakai jam dancincin
  12. Mengurangkan percakapan dalam semua keadaan.

PERKARA SUNAT DI DALAM IHRAM

Perkara Sunat Di Dalam Ihram

  1. Mandi sunat ihram
  2. Sembahyang sunat ihram.
  3. Bagi wanita pula sunat menginaikan kedua dua tangannya..
  4. Waktu yang paling baik untuk berniat ihram ialah waktu kenderaan dan kenaikan mula bergerak dan sekiranya berjalan kaki ialah sewaktu memulakan langkah.
  5. Bacaan talbiah dalam perjalanan dari miqat menuju ke Tanah Haram Makkah. Bacaan Talbiah:

“لبيك اللهم لبيك, لبيك لاشريك لك لبيك, ان الحمد, والنعمة لك والملك, لاشريك لك”

“Hambamu telah datang menyahut panggilanMu,Ya Tuhan,hambaMu datang menyahut panggilanMu, Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu”

  1. Selawat, selepas talbiah berselawatlah sekurang kurangnya 3 kali. Adalah lebih afdal membaca selawat sebagaimana selawat yang dibaca di akhir tasyahud dalam solat fardu:

“اللهم صل على سيد نامحمد وعلى آل سيدنا محمد”

“Ya Allah, rahmatilah penghulu kami, Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad”