Rukun Umrah merupakan perkara-perkara asas yang mesti dilakukan dan sekiranya tertinggal salah satu daripadanya, maka terbatallah ibadah umrah dan terpaksa mengulanginya semua amalan itu hingga selesai dan wajib diqada’kan.
Jika melakukan rukun dengan tidak memenuhi syarat juga tidak sah dan terlanggar larangan dalam ihram, haruslah membayar dam
Rukun Umrah ada lima iaitu:-
1) Berniat Ihram
2) Tawaf di Baitullah
3) Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib