FADILAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH

Assalamualaikum wahai bakal tetamu Allah.

Buku Fadilat Haji Umrah Dan Ziarah ini amat penting untuk dibaca dan dihayati kerana ia menjelaskan banyak perkara penting yang sepatutnya diketahui oleh seseorang bakal jemaah haji & umrah dan juga para Mutawwif & Mutawwifah.

Ia juga sebagai motivasi kepada yang masih belum berkemampuan untuk menunaikan haji dan umrah.

Jutaan jemaah haji dan umrah yang pergi ke Tanah Suci setiap tahun yang datangnya dari seluruh dunia, sepatutnya kembali  ke tanahair dengan semangat agama dan keberkatan yang sempurna.

Namun, kebanyakan daripada mereka telah kembali ke kampung halaman dan kediaman masing-masing dengan tangan kosong disebabkan mereka tidak mengetahui kelebihan-kelebihan, kesan-kesan, keberkatan-keberkatan serta adab-adab dalam amalan haji dan umrah.

Selama dua tahun buku ini disusun, ianya telah diisi dengan himpunan-himpunan hadis mengenai kelebihan haji & umrah ziarah untuk faedah umat Islam khususnya bakal-bakal tetamu Allah.

Disamping itu, kita juga boleh mengajak dan memberi semangat kepada rakan-rakan, sanak saudara dan jiran-jiran untuk tunaikan haji & umrah.

Sila KLIK di sini, untuk tempahan buku Fadilat Haji Umrah Dan Ziarah. Hanya RM30.00 sahaja senaskhah termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia. Penghantaran ke luar negara juga boleh diuruskan.

Mengandungi 331 halaman kesemuanya. “Value For Money”

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi/Whatsapp 011-12762166 Ustaz Mohd Amin Hj Jumberi, Setiausaha Persatuan Pendidikan Perdagangan Dan Pengurusan Mutawif Mutawifah Manasik Muslim Malaysia (PERMAI).

www.kursusmutawwif.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *