KURSUS MUTAWWIF

Tahniah kepada bakal-bakal Mutawwif/Mutawwifah yang telah tamat mengikuti Kursus Mutawwif/Mutawwifah Peringkat Intermediate anjuran Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 29 – 31 Disember 2017.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Kursus Mutawwif/Mutawwifah pada tahun 2017, pihak kami telah menyediakan tarikh-tarikh Kursus Mutawwif/Mutawwifah untuk sepanjang tahun 2018.

Anda akan dibimbing oleh individu yang berpengalaman luas di dalam industri umrah & haji termasuk dari Mantan Pengurus Besar di Tabung Haji, Datuk Haji Kamal Bin Haji Muhamad.

Setelah mengikuti Kursus Mutawwif/Mutawwifah Peringkat Intermediate, anda berpeluang untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang Mutawwif yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Untuk info lanjut dan cara untuk mendaftar Kursus Mutawwif/Mutawwifah, sila KLIK Di Sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *